yeeAAAAyyyyyy!...KaD kAweN DaH SiAp.





Hapy semacam jer aku kan....al maklum lerr, kad kawen dah siap! hehehe.


Banyak betul kisah pasal kad ni...tu yang hapy sesangat bila dah siapkannnnn.....


Pada mulanya, aku nak tempah kad kawen ni dengan kawan aku yang duk Kuantan, dia belajar satu unibersiti ngan aku dulu...kebetulan dia jadi dealer kad kawen bagi pasangan yang ingin kan kad kawen yang ekonomi. Maksudnya, yang murah lerrrr tu...ngeh3. Tempat cetak kad tu dekat KL, kiranya macam tempah onlinelah kotttt...


Masa tu time riuh rendah jom heboh kat ganu...kebetulan dia datang ganu, dia datanglah sekali umah aku dengan album kad kawen yang besoooo gedabakk. Apa yang boleh dikatakan tentang kad kawen tuuuu...Murah & Cantik. Aku memang dah falling in love dgn kad tu.....kira jadilh untuk tempah, dah siap isi borang. Cuma tarikh belum isi coz time tu belum decide tarikh...Semangat jer aku kan, tarikh belum ada tapi dah siap tempah kad. Sengalllll!


Tapi last2 xjadi nak tempah coz aku takut xsempat kawan aku nak antar umah...lagipom aku sian dekat dia. Kena drive dari kuantan semata2 untuk antar kad aku.....! Duit minyak lagi, dah lah kad tu murah...macam mn dgn untung dia kan...konpem ciput jerrr!


Apa lagi...aku pom tempah lah dekat lain. Dekat T'ganu...hehehe. Sebelum ni gatal jer nak kad kwen dari KL...last2 tempah T'ganu gak...menyusahkan diri betullaaaaaa.


Aku pergi tempah kad tu pada 4.4.2011....kalau nak dikirakan, dah lambat aku tempah kad ni lagipom tempoh untuk siap kad tu 3 @ 4 minggu. Memang tertekan tahap cipan time ni...mak tersayank plak dah mula bising2 pasal kad..dia kata nanti tak sempat nak edarkan. Waaaaaaaaaaaa!


Bila tempoh 3minggu dah abis...aku pom col lah akak kad tu,dia ckp plak ada mslh dlm penghantaran coz tayar lori yang antar kad tu pancit. Time ni, apa yang harus buat eekkkk? aku pom kurang pasti..nak gelak sampai terguling2 atau menangis sampai mata hitam tukar jadi putih...hehehe. Alasan apalh yang dia bagi niiiiiii!....ngak ada logika nya.ngeh3...


Last2....aku decide nak amik balik duit deposit n tempah dekat lain plak. Tempah lagi.......skang ni dah bulan 5 wei,manalah sempat. Huahuahua...tapi alhamdulillah sgt2, petang pada hari yang sama akak tu cakap kad yang 500kpg tu dah siap, cuma yang 300kpg lagi paling lambat hari sabtu. ( semalam ler tu....7.5.2011)....aku pom pergilah amik tergedek2 yang dah siap 500kpg tu dulu.....Yang 300kpg lagi, nanti dah siap dtg ambik lain. Sekurang2nya, xder lah mak tersayank membebel lagi psl kad kan.


Alhamdulillah....skang dah settle pasal kad. Lega rasanyer.....Terima Kasih Ya Allah kerana engkau terima doa hambamu agar permudahkanlah segala urusan majlis perkahwinan ku.










style ada aku amik gmbr, tapi kabur laaaa. Ape kes? huahua.


Gnilah rupe my wedding card.......agak kabur gambar ni, al maklum lerr kamera hp harga 55sen.


Kini, aku rasa teramat bahagia kerana akhirnya....nama ku tercatat di kad kawen dengan seorang lelaki yang amat ku sayangi. Walaupom aku agak penat kerana banyak benda aku kna fikir tapi aku bersyukur, Allah memberikan aku peluang untuk merasa ni semua. Semoga Allah merahmati perhubungan kami dan limpahi dengan rahmatNya. Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...