Golongan yang mendapat naungan ALLAH

Tujuh golongan Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya.
  • Imam yang adil.
  • Pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah.
  • Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.
  • Insan yang hatinya terpaut dengan masjid.
  • Insan yang digoda oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata 'sesungguhnya aku takutkan Allah.
  • Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinang air matanya.
  • Insan yang bersedekah dengan cara tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kananya.

Jangan sesekali berkata 'kalaulah'

Sekiranya diri ditimpa sesuatu masalah atau musibah....jangan sesekali berkata 'kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begitu dan begitu, akan tetapi berkatalah ianya takdir Allah dan Allah berbuat demikian sekehendak-Nya. Sesungguhnya perkataan 'kalaulah' hanya akan membuka jalan bagi syaitan yang dilaknat Allah untuk berbuat sesuatu.

Apabila si gadis mula berbicara soal hati & perasaan.

Si gadis menjalani kehidupan seharian dengan tenang dan bahagia namun akuilah disebalik keceriaan itu masih banyak perkara yang menggusarkan hatinya. Di awal usia 20-an, setiap titik perjalanan hidup dirasakan indah sambil dikekelingi teman-teman yang amat membahagiakan. Di tika ini apa yang difikirkan hanyalah ilmu,teman dan enjoy!. Namun, apabila usia mulai menjengah usia 24 tahun hati kini berkecamuk dalam mencari identiti diri. Walaupun segulung ijazah telah dimiliki bukti kejayaan diri, jauh disudut hati si gadis merasakan dirinya belum berjaya kerana tiket ijazah bukanlah jaminan untuknya mendapatkan pekerjaan.
          Kadang kala tercalit sedikit perasaan cemburu dihati si gadis apabila melihat rakan seusia telah mendapat pekerjaan tetap dengan berkelulusan SPM. Pernah terlintas difikiran si gadis "Seandainya boleh diputarkan masa, dia tidak akan melanjutkan pelajaran sebaliknya mengikut jejak langkah rakan mencari kerja"...namun mana mungkin ianya boleh terjadi. Si gadis menenangkan hatinya dengan mengatakan "Insyaallah Allah akan memberikan rezeki yang lebih daripada itu, cuma mungkin masanya belum tiba". Berbunga-bungalah hati si gadis dengan penuh pengharapan.
          Walaubagaimanapun, hati si gadis sekali lagi berkecamuk apabila memikirkan perihal jodoh. Sekiranya jodohnya telah sampai apa akan terjadi dengan cita-citanya yang masih tertunggak. Bebanan semakin bertambah sedangkan tanggungjawab kepada kedua ibu bapa belum terlangsai. Di sudut hati si gadis terselit perasaan bersalah kepada ibu bapanya, si gadis kasihan melihat kedua ibu bapanya....namun si gadis redha dengan ketentuan Allah dan mengharap ada keberkatan disebalik ikatan perkahwinan yang bakal ditempuhi agar Allah mengurniakannya rezeki. Si gadis juga berdoa agar Allah memberikannya peluang untuknya membalas jasa ibu bapanya kelak. Itulah janji si gadis pada dirinya sendiri!..


aku rindu dia..tapi knp dia asyik lambat reply mesej. Kalau aku terus mnerus hantar mesej nanti dia kata aku suka mendesak!

Situasi ini sering dialami oleh sang puteri yang berada di alam percintaan. Sang puteri dianugerahkan perasaan kasih yang tidak pernah berkurangan,sayang yang berpanjangan,cinta yang abadi dan rindu yang mendalam. Inilah intipati semulajadi jiwa sang puteri yang menyebabkan ia lebih sensitif terhadap situasi yang dialami oleh dirinya mahupun insan disekeliling.
       Dalam situasi cinta, sekiranya sang putera lambat reply mesej atau phone xberangkat confirm sang puteri akan mula risau. Masa ni barulah makan tak kenyang,tidur tak lena dan mandi tak basah. Macam-macamlah persoalan yang bermain difikirannya...setiap persoalan itu berbaur negetif,tiada yang positif melainkan yang negetif-negetif belaka. Semua ni kerana sang puteri teramat menyayangi dan menyintai sang putera. TAPIKAN....
      Apabila sang putera reply mesej yang berderet-deret memenuhi inbox dan puluhan deringan yang tidak berangkat, ia amat meluluhkan hati sang puteri yang menunggu dengan penuh pengharapan dari tadi. Sang puteri dimarahi coz dianggap tak sabar-sabar dan tak memahami sang putera...walhal niat sang puteri baik.Menangislah sang puteri keseorangan teresak-esak sampai tertidur, dan keesokannya apabila terbangun dari tidur pasti first yang dia fikirkan adalah sang putera.Kesian sang puteri....Kenapa sang puteri sentiasa dipersalahkan atas perasaan rindunya terhadap sang putera..salah ke sekiranya sang puteri mengharapkan secebis kasih sayang dan perhatian untuk menyempurnakan cintanya.

    






live is too short..so kiss slowly,laugh insanely,love truely and forgive quickly

  • Jangan pernah berputus asa kerana itu adalah alasan mereka yang hanya melihat dunia dengan penuh masalah.Sebaliknya jadilah orang yang sentiasa bersedia untuk merubah masa hadapan agar menjadi lebih baik.Hanya diri kamu yang mampu merubah masa depan mu.
  • Sayangilah insan disekelilingmu sepenuh hati tanpa melangkaui cintamu kepada Allah, kerana rasa kasih sayang itu merupakan anugerah dari Allah untuk insanNya yang terpilih. 
  • Cintailah pasanganmu seadanya....lapangkan dadamu untuk menerima segala kelebihannya dan bukakkan hatimu untuk menyintai segala kekurangannya.Percayalah bahawa tiada insan yang" sempurna"..namun kesempurnaan itu akan datang dengan sendirinya bila kita menyayangi pasangan seikhlas mungkin kerana Allah
  • Kecantikan bukanlah aset utama untuk mencari kekasih hati...sebaliknya ia perlu disertai dengan keperibadiaan yang elok. Kecantikan lama kelamaan boleh menjadi bosan untuk ditatap. Namun, keperibadian akan terus mekar semekar hati si pemilik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...