✿ Panduan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) ✿

Cara penyampaian/berkomunikasi:
Seseorang calon temuduga perlu mempunyai kemampuan untuk menyampaikan buah fikiran dan maksud dengan rasional, lojik, jelas, tepat dan padat. Selain itu, calon juga hendaklah fasih dan cekap dalam penggunaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Perlu mengetahui pengetahuan semasa/am:
Seseorang calon temuduga perlu mempunyai kepekaan, keprihatinan dan daya ingin tahu terhadap alam persekitaran hidup dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran serta politik dan dapat berbincang secara asas mengenainya dari pelbagai sudut pandangan dan perspektif.

SKOP TOPIK TEMUDUGA SPP:

TERAS PENDIDIKAN NEGARA
- Rukun Negara
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Wawasan 2020
- Islam Hadhari

KEMENTERIAN
- Kementerian Pelajaran Malaysia
- Kementerian Pengajian Tinggi

SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA
- Perkembangan Dasar & Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
- Perkembangan Pelajaran Masa Kini

SISTEM PELAJARAN MASA KINI
- Pendidikan Pra Sekolah
- Pendidikan Rendah
- Pendidikan Menengah
- Pendidikan Khas
- Program Pendidikan Khas
- Sekolah Sukan
- Sekolah Seni
- Pembestarian Sekolah
- Pendidikan Pasca Menengah & Institusi Pengajian Tinggi
- Pendidikan Swasta
- Pelan Induk Pendidikan

KURIKULUM
- Teori Pendidikan
- Kurikulum Prasekolah
- Kurikulum Baru Sekolah Rendah
- Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
- Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
- Pengurusan Kurikulum
- Program JQAF
- Kia2M

PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
- Asrama
- Skim Pinjaman Buku Teks
- Biasiswa dan Pinjaman
- Program Bersepadu Sekolah Sihat
- Program Pemakanan Sekolah
- Bimbingan dan Kaunseling
- Malaysia Teacher Standard
- PIBG
- Skim Baucer Tuisyen

PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
- Gerak Kerja Kokurikulum
- Sekolah Harapan Negara
- Hari Guru
- Projek Nilam
- Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
- Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran
- Malaysian Teacher Standard MTS

URUSAN PERKHIDMATAN
- Perintah-Perintah Am
- Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
- Arahan Perbendaharaan
- Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
- Arahan Perkhidmatan
- Akta Acara Kewangan
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

˙·٠•●riehana

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ rumput dan kasih sayang Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

·٠•●❤✿ reason lelaki cpt boring dgn girlfrend ✿❤●•٠·

Girlfrend yang kuat merajuk ☆¨¯`♥

Kuat merajuk ok! bkn suka merajuk, lain maksudnyer tu......kuat merajuk ni,lebih kurang macam   asyik2 nk merajuk,ckit2 nak merajuk. Lambat reply mesej merajuk,lambat angkt phone merajuk.Bila dah terlalu kuat merajuk,konpem boyfrend cpat jadik boring. Al maklumlah....24jam tak ada keje lain,asyik kna memujuk dia jer. Kadang2 dah xda idea nak memujuk camner. Skill dah zero...hehehehe. Sampai satu tahap dimana perasaan boring melepasi paras ubun-ubun kepala....lelaki tu dgn gahnyer akan berkata "ada aku kesah". Silap haribulan makan hati berulam jantunglah kau sorang2.hakhak... Tapi kalau suka merajuk, lelaki like coz girl yg suka merajuk vs buat2 merajuk ni nampak manjakan.......peace!

Girlfrend yang kuat mengongkong ☆¨¯`♥
                                                                  
Ni memang sikap girl yang plg ketara dalam bercouple....kuat mengongkong! mengongkong untuk kebaikan tak lah salah....tapi biarlah berpada2. Kalau terlalu kuat mengongkong, lelaki bleh jadi rimas. Nak pergi ctu xbleh,nak pergi cni xbleh,nak kuar ngan kawan2 pom xbleh......so, apa yang bleh? berkepit dgn dia 24jam bleh lah. Banyak punya cantik...!. Baru boyfrend lolllllll...bkn usband kau pom. Sebelum kwen dah kontrol macam tu....kalau lepas kawen konpem kunci dalam bilik.hakhak....

Girlfrend yang kedekut ☆¨¯`♥

Kedekut?.....bunyi macam kasar kan! Girl mana ada kedekut dalam bercouple ni, kalau bleh semua benda dia nak bagi dekat boyfrend....yang kategori  'hak cipta terpelihara' pom xsegan silu nak bagikan..Padahal boyfrend tu belum tentu pom akan jadik usband dia. Sabar jelah mak minah oiiiiii! Negara dah maju, zaman dah berubah.......mentaliti pom xkolot. Tak kolot punya pasal lah..maruah tergadai. Manyak melalut lah plak mak joyah sorang ni....tapi, pe pom fikir2kanlah!
Yang aku maksudkan...kalau girlfrend terlalu berkira, lelaki bleh jadik boring gak. Kalau kuar..asyik2 fulus dia jer yang draw. Sekali sekala girlfrend kna lah jugak berabih...bab kata orang sharing is caring. Zaman skang dah xleh guna skill org2 dulu......bila makan WAJIB lelaki yang bayarkan!  

¨*•♫♥* 20 sifat ALLAH *♥♫•*

WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.

¨*•♫♥* Temukan Aku Wahai Calon Imamku *♥♫•*

Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk CALON SUAMI  dunia akhiratku!!!

Asssalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..

Duhai calon pemilik tulang rusukku,
aku akan segera hadir dalam dinginnya malam dengan hangatnya jiwa. Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu.Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu hingga engkau menahkodai bahtera kita. Ku kan berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus.

Duhai calon imam dalam sholatku,
Aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah, dengan siap aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum..Insya Allah akan menyempurnakan solat kita.Dengan deru do’amu seiring “aamiin” dari lisanku.

Dalam hening malam air mataku ini tak henti ku titiskan bercahayakan munajat doa.

Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku terpuruk dan jatuh.. 
Lindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu.

Duhai calon pengusap air mataku,
Sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad.

Duhai calon ayah dari para mujahi-mujahidah kita,
Aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanammkan ilmu agama agar mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.

Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke syurga…
Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya-cahaya iman…

Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri, agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu..
Aku tak banyak bicara kerana aku takut ketika aku menyapa, engkau tepesona pada apa yang kuucap..
Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang engkau miliki, karena aku takut dapat memudarkan imanku..

Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…
Aku menunggu lisan ijab darimu..
InsyaAllah,sedia menanti di sini..^^




·٠•●❤✿ ana vs leleng ✿❤●•٠·


salam semua.........
Arini 16.3.2011.Aku rasa macam nak story about best frend aku ni lah coz rinduuuu sangat dekat dia. Once the open time.....hakhak, best frend aku ni nama dia Sabariah D'jumat....jangan sesekali kalian semua merasa pelik dengan namanya sebab kawan aku ni orang sabah..nama dia memang macam tu.hehehe....nama manja dia leleng....lagi pelik kann....tapi sweet! sesweet empunya nama.
              First aku kenal dia, 4 tahun dulu.....masa aku study dekat UUM. First semester,aku langsung xkenal dia tau. Al maklumlah, mula2 masuk universiti...aku ni low profile,mana ada kisahkan jiran sebelah bilik. Aku buat hal aku jer.....attend class,pastu terperuk jelah dalam bilik. Terserempak dalam bilik air ker...mana pernah tegur cik leleng ni. Nak dijadikan cerita....roomate leleng ni,nama dia nani...orang Terengganu sama macam aku gak. So, bila dah last semester mesti duk sibuk cari tiket nak balik ganu kan....ni memang rutin budak2 uum.....pantang ada cuti,sibuk cari tiket nak balik.hehehehe.....Nani ni pulak jenis yang ramah tamah gtu, dialah yang mula2 bertegur sapa dengan aku. Setiap kali sembang mesti cakap pasal TIKET!..aku pom hairan :-)
              Leleng ni pun sama tau....ramah tamah btul orangnya. Lama kelamaan kitaorang close.....aku ngan leleng ni banyak persamaan,kitaorang macam adik beradik tau. Susah sama susah n senang sama senang. Bila aku ada masalah, aku akan cari dia....bila dia ada masalah plak dia akan cari aku. Bab kata orang sharing is caring.....tapi memang betul. Kitaorang suka sharing sebab tu kitaorg sama2 caring. hakhak...
              Masa duk UUM dulu aku suke ajar dia cakap terengganu......dia pom cam excited nak ngikut cakap ganu. Yang paling best, walaupom leleng ni orang sabah, kalau sembang dengan dia aku xyah cakap KL....cakap ganu jer. Sebijik2 dia faham......hahaha. Rindunyer nak sembang  face to face dengan dia.waaaaaaaaa! Skang ni bleh sembang by phone jer......kalau dapat sembang tu,bergegar tepon....excited punya pasal.hehehe.
              Masa semester 4 aku sebilik ngan leleng.....tu pom curi2 tukar bilik,suke sama suke...pihak pengurusan Kolej Muamalat tak tau pom. 1 bilik 4 org tau.......roomate aku time tu leleng, nora n yana. Sebenarnya bilik tu agak sempit untuk 4 orang tapi tu xpenting......yang lebih penting bilik tu meriah. Hapy sokmo...nak2 time bulan puasa, bukak puasa sama2. Pastu g semayang terawih sama2......pastu study sama. Yang penting tgk citer korea sama2.hakhak.....
              Sebut pasal citer korea ni....aku ngan leleng memang hantu citer korea. Download dalam lab top, pastu tengok sama2 sampai abis...tau2 jelah,citer korea mana ada yang pendek2...paling cikit pom berbelas2 episod....kitaorang sanggup tdo kul 3pagi semata2 tgk citer korea. Dahsyatkan.......tapi kalu bab belajor,belum tentu mata bleh tahan sampai kul 3 pagi. Terutamanya leleng pantang bukak buku...mesti landing kat katil...pastu tertido. Bila terbangun....cari makanan. Makan jer kejenyerrrrrr! :-)
               Aku dengan leleng ni....kos lain2 tau, aku ekonomi and dia plak HR. So, xpernh ada peluang nak belajor 1 kelas.....so, ada paper Universiti (bahasa inggeris punye paper) yang wajib d amik. Aku ngan leleng ni pilih coral speaking, korang tau jelah coral speaking maknanya kena present dalam english bagi setiap kelas dia...tajuk lecturer akan bagi. Aku ni memang lemah english tapi disebabkan nk sekelas ngan si leleng ni...amik gak. At the last, korang tau....aku xdapat sekelas ngan leleng coz lecturer dah bagi siap2 nama untuk setiap kelas. Time tu memang tension gler........mcm mana aku nk survive untuk 1 semester tu.Waaaaaaa! 1semster rasa cam 1 tahun jer. Memang stresss rrrrrrrr......Leleng ni english dia jauh lebih baik dari aku......First presentation, aku amik text yang dia dah wat...aku hafal sebijik2.Kelas lain2, mana lecturer tau, aku ciplak kan3. hahahaha....
             Gambar kat atas tu....kenangan time leleng mari umah aku. Masa tu cuti semester...kebetulan musim asyura. Apa lagi mak aku pom buatlah asyura, leleng antara AJK yang paling cbuk. Well, dia sentiasa cbuk n riuh rendah....bab kate pepatah gege.hehe....mak aku paling excited dengan leleng ni coz leleng ni pandai amik ati orang tua. Sampai skrg mak aku asyik sebut leleng jerrrrr!..
             So.....gtulah citer best frend aku ni. Skang dia dah jadi cikgu n aku blum ada rezeki lagi. Pe pum, aku tumpang hapy untuk dia. Doa2 adalah rezeki aku macam dia..Insyaallah!

p/s: hargailah kawan yang boleh dipanggil sahabat coz terlalu sukar untuk mendapatkannya.

        

Kursus kawen....

Salam semua kepada yang sudi view blog ni....hehehe.

Arini rasa cam nak kongsi cerita about kursus kwen yang aku hadiri 2 hari lepas iaitu pada 4&5.3.2011 (jumaat & sabtu). Kursus ni aku amik dekat Masjid Sultanah Nur Zahirah,Marang,Kuala Terengganu,Terengganu.
           Apa yang boleh diperkatakn tentang keseluruhan kursus tu...best!.Best coz banyak sangat2 ilmu yang aku dapat dari kursus tu...betul ckp alim ulamak,lakukan sesuatu dengan perbetulkn niat terlebih dahulu. Masa mula2 aku nk g kursus ni,dalam hati aku just untuk suka2 and untuk dapatkan sijil kursus..Tapi,bila terbangun dari tidur pada pagi jumaat tu (4.3.2011), aku rasa macam  dapat hidayah dari Allah untuk betulkan niat agar timba ilmu sebanyak mungkin dari kursus ni. Alhamdulillah....sepanjang kursus ni aku langsung xtertido...dapat concentrate sepenuh hati and yang penting hatiku semakin yakin untuk mendirikan rumah tangga.
           Pada hari pertama kursus....agak terlewat bangun coz malam sebelumnya kat umah aku ada buat kenduri ckit.So.....sejak dari kecik2 dulu sampai sekarang,time2 kenduri konpem keje aku kemas umah,cuci pinggan mangkuk n kemas dapur. Agak penattttttttttttttttt......tido lewat maka dengan gahnyer aku terbangun lewat, pukul 6.45am. Janji dengan si dia pukul 7.00am dah kna bertolak coz pukul 7:30~8.00am untuk pendaftaran. Wooooiiiiiiittttttt.....maka kelam kabutlah jadinyer. Tapi alhamdulillah......masa sampai tu sesi pertama belum start pom.hakhak.....!
           Hari jumaat lebih banyak membincangkan tentang akidah.....sesuatu yang penting perlu diingat tentang akidah ni, jangan sesekali tersilap langkah coz ia boleh membatalkan iman kita. Takutnyerrrrrrr......bukan ape,kalu terbatal iman...camner dengan amal ibadat kita,Allah terima ker....so,kalu terasa was-was tu cepat2 mengucap ek! Contohnya, katakanlah kita menganggap alam ni sediakala,maka iman boleh terbatal coz alam ini adalah baru....yang sediakala hanyalah Allah SWT. Satu lagi....aku betul2 tertarik dengan apa yang ustaz tu ckp...dimana Allah berjanji kepada Nabi Muhammad SAW, tiada umat yang terdahulu akan memasuki syurga melainkan umatMu. Kita tahukan....kita ni umat diakhir zaman, maka pasti ada umat2 Nabi yang terdahulu contohnya Nabi Adam,Ibrahim,Idris.....Disini kita dapat lihat betapa besarnya kasih sayang dan kelebihan yang Allah telah berikan pada kita, umat Nabi Muhammad SAW kan,kan,kan....Alhamdulillah.
            Hari sabtu pulak......ia lebih membincangkan berkenaan keadaan dalam rumahtangga. Kebanyakan ustaz2 tu dah kawen. So, diorang bercakap melalui pengalaman....tu yang best coz rasa macam real jer.hakhak. Ada satu slot tu membincangkan pasal komunikasi dalam rumahtangga. Penceramah tu cakap....kalau masa bercinta,tiap saat kita berkomunikasi dengan pasangan...bila berjumpa tu macam2 benda yang disembangkan,kdg2 apa yang nk dicakapkan belum habis lg...malam tu bergayut plak dalam telefon,sambung cakap. Tapi bila dah kwen....terbalik plak situasi tu. Bila dah 24jam depan mata,xada apa yang nak disembangkan....kau tengok aku,aku tengok kau.Betul ker macam tu ek....macam xcaye kan....Tp yang dah berkahwin jer akan mengetahui kebenaran kenyataan ni. Kita,yang belum berkahwin ni...berdoalah moga2,bila dah berkahwen...situasi tu xkan jadi dalam rumahtangga kita. Biarlah hubungan suami isteri tu kekal bahagia macam zaman2 bercinta sampai ker akhir hayat.....!
             Itulah serba sedikit yang aku mampu kongsikan di blog ni. Semoga bleh wat iktibar untuk kita semua. Setiap pasangan mengimpikan kebahagian dalam perkahwinan....tapi perlu diingat,kebahagiaan tu milik Allah. Mintalah dariNya, nescaya ia akan mengurniakan kepada kita kerana Allah amat menyayangi umatNya yang sentiasa merendah diri dengan berdoa kepadaNya. Insyaallah..

bunga-bunga cinta (dude harlino ft asmirandah)

Tak pernah terlintas dibenakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

Tulus hatimu buka matamu
tegar jiwamu hapus raguku
memboncah dihati harapan dan suci
menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
diantara harap pinta padanya
tuhan tautkanlah cinta dihati
berpadu indah dalam mihrab cinta

Tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus ragaku
memboncah dihati harapan dan suci
menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
diantara harap pinta padanya
tuhan tautkanlah cinta dihati
berpadu indah dalam mihrab cinta

Tak pernah terlintas dibenakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

Memboncah dihati
harapan dan suci
dalam mihrab cinta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...