aRtiKeL.CintA.ImAn

•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•
┊  ┊  ┊  ┊ 
┊  ┊  ┊  ★✿   
┊  ┊  ┊  
Betapa Berharganya
┊  ┊  ☆ ♥ diri seorang
┊  ┊   WANITA!!

┊  ★✿




♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴν
ℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ•♪ღ♪•*´¨*•.¸ℒℴνℯ

(¯`•..
Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

(¯`•.. Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

(¯`•.. Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

(¯`•.. Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

(¯`•.. Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

(¯`•.. Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

(¯`•.. "Untuk apa???", tanya malaikat.

(¯`•.. Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,ke
sepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

(¯`•.. Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

(¯`•.. Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

(¯`•.. Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

(¯`•.. Allah S.W.T berfirman:

(¯`•.. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

(¯`•.. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

(¯`•.. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

(¯`•.. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

(¯`•.. "Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

(¯`•.. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

(¯`•.. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

(¯`•.. "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

(¯`•.. "CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..." 


Wallahu'alam...

♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ•♪ღ♪•*´¨*•.¸ℒℴνℯ

sEanDainyA..




Sendirian aku....bertanyakan kepada diriku.


Apakah salahku?
Sentiasa disebut akan keburukan ku yang kadang-kadang aku sendiri tidak tahu..
Aku bingung...aku menangis..
Menangis tanda kesedihan, kekeciwaan, kekesalan..


Apakah salahku?
Kenapa aku harus dibandingkan dengan insan lain
Yang dirimu anggap mereka jauh lebih baik dariku..
Sekiranya wang ringgit itu dijadikan kayu pengukur untuk setiap kebaikan
Maka, aku mengakui...akulah insan yang paling jahat
Kerana aku tidak mampu untuk memberikan dirimu itu semua.


Apakah salahku?
Perlu kah aku menyatakan kepadamu
Selama ini aku menggunakan seluruh kudratku yang Allah kurniakan
Untuk menolong mu semungkin yang boleh...
Mencuba sedaya upaya untuk meringankan bebanmu...


Apakah salahku?
Tidakkah dirimu  nampak akan itu...
Diriku penat...diriku tertekan..
Aku meminta maaf sekiranya ada sikapku yang nampak seakan-akan memberontak
Kerana aku juga insan biasa
Yang mempunyai hati dan perasaan...


Apakah salahku?
Kadang-kadang katamu amat mengguris hati dan perasaanku
Perasaan seorang insan yang amat menyayangimu
Tidakkah engkau sedar bahawa setiap kata-katamu
Adalah doa untukku........
Hati kecilku menjerit untuk melaungkan rayuan dan pujuk rayu padamu
Agar tidak berkata begitu....
"jangan...jangan....aku memerlukan keredhaan darimu"
"jangan doakan aku begitu...tolonglah wahai insan yang amat aku sayangi"


Apakah yang harus aku lakukan?
Apakah yang harus aku lakukan untuk membuatkan dirimu bahagia..
Apakah yang harus aku lakukan untuk menutup segala kedukaan mu dan menaburinya dengan kegembiraan..
Apakah yang harus aku lakukan untuk membalas segala kesakitn yang pernah dirimu lalui satu ketika dahulu..
Apa ya Allah.....


Seandainya...


Seandainya..
Menjauhkan diri darimu dapat membuatkan dirimu tenang, aku sanggup!
Walaupun realitinya ingin sekali diri ini mendakapmu setiap saat tanda kasih sayangku padamu..


Seandainya..
Mendiamkan diri dapat membuatkan dirimu tenteram, aku sanggup!
Walaupun realitinya ingin sekali diri ini membicarakan segala suka duka, resah gelisah yang bersarang didalam hati ini..


Seandainya..
Kematian boleh mengurangkan dosa-dosa aku kepada dirimu, aku sanggup!
Kerana aku tahu sudah banyak aku mengguriskan hatimu sepanjang kehidupan ku
Walaupun pada realitinya...aku langsung tidak bermaksud begitu.
Walaupun pada realitinya...aku menyesal untuk setiap saat yang telah berlalu. Menyesal akan kekhilafan ku..
Walaupun pada realitinya...aku sentiasa ingin menjadi yang terbaik disisimu.



Ketahuilah...aku teramat MENYAYANGIMU.

yeeAAAAyyyyyy!...KaD kAweN DaH SiAp.





Hapy semacam jer aku kan....al maklum lerr, kad kawen dah siap! hehehe.


Banyak betul kisah pasal kad ni...tu yang hapy sesangat bila dah siapkannnnn.....


Pada mulanya, aku nak tempah kad kawen ni dengan kawan aku yang duk Kuantan, dia belajar satu unibersiti ngan aku dulu...kebetulan dia jadi dealer kad kawen bagi pasangan yang ingin kan kad kawen yang ekonomi. Maksudnya, yang murah lerrrr tu...ngeh3. Tempat cetak kad tu dekat KL, kiranya macam tempah onlinelah kotttt...


Masa tu time riuh rendah jom heboh kat ganu...kebetulan dia datang ganu, dia datanglah sekali umah aku dengan album kad kawen yang besoooo gedabakk. Apa yang boleh dikatakan tentang kad kawen tuuuu...Murah & Cantik. Aku memang dah falling in love dgn kad tu.....kira jadilh untuk tempah, dah siap isi borang. Cuma tarikh belum isi coz time tu belum decide tarikh...Semangat jer aku kan, tarikh belum ada tapi dah siap tempah kad. Sengalllll!


Tapi last2 xjadi nak tempah coz aku takut xsempat kawan aku nak antar umah...lagipom aku sian dekat dia. Kena drive dari kuantan semata2 untuk antar kad aku.....! Duit minyak lagi, dah lah kad tu murah...macam mn dgn untung dia kan...konpem ciput jerrr!


Apa lagi...aku pom tempah lah dekat lain. Dekat T'ganu...hehehe. Sebelum ni gatal jer nak kad kwen dari KL...last2 tempah T'ganu gak...menyusahkan diri betullaaaaaa.


Aku pergi tempah kad tu pada 4.4.2011....kalau nak dikirakan, dah lambat aku tempah kad ni lagipom tempoh untuk siap kad tu 3 @ 4 minggu. Memang tertekan tahap cipan time ni...mak tersayank plak dah mula bising2 pasal kad..dia kata nanti tak sempat nak edarkan. Waaaaaaaaaaaa!


Bila tempoh 3minggu dah abis...aku pom col lah akak kad tu,dia ckp plak ada mslh dlm penghantaran coz tayar lori yang antar kad tu pancit. Time ni, apa yang harus buat eekkkk? aku pom kurang pasti..nak gelak sampai terguling2 atau menangis sampai mata hitam tukar jadi putih...hehehe. Alasan apalh yang dia bagi niiiiiii!....ngak ada logika nya.ngeh3...


Last2....aku decide nak amik balik duit deposit n tempah dekat lain plak. Tempah lagi.......skang ni dah bulan 5 wei,manalah sempat. Huahuahua...tapi alhamdulillah sgt2, petang pada hari yang sama akak tu cakap kad yang 500kpg tu dah siap, cuma yang 300kpg lagi paling lambat hari sabtu. ( semalam ler tu....7.5.2011)....aku pom pergilah amik tergedek2 yang dah siap 500kpg tu dulu.....Yang 300kpg lagi, nanti dah siap dtg ambik lain. Sekurang2nya, xder lah mak tersayank membebel lagi psl kad kan.


Alhamdulillah....skang dah settle pasal kad. Lega rasanyer.....Terima Kasih Ya Allah kerana engkau terima doa hambamu agar permudahkanlah segala urusan majlis perkahwinan ku.










style ada aku amik gmbr, tapi kabur laaaa. Ape kes? huahua.


Gnilah rupe my wedding card.......agak kabur gambar ni, al maklum lerr kamera hp harga 55sen.


Kini, aku rasa teramat bahagia kerana akhirnya....nama ku tercatat di kad kawen dengan seorang lelaki yang amat ku sayangi. Walaupom aku agak penat kerana banyak benda aku kna fikir tapi aku bersyukur, Allah memberikan aku peluang untuk merasa ni semua. Semoga Allah merahmati perhubungan kami dan limpahi dengan rahmatNya. Amin..

Hasil kerja tangan dan kaki kuuu!

Assalamualaikum......

Arini aku buat satu lagi keje yang berpaedah kat pejabat ni.Asal wat keje mesti dekat pejabat....haruslah, sebab dekat umah aku xda masa nak buat keje2 gni.Keje umah dah berlambak2 nunggu aku....ngeh3.

Skang ni aku membuzykan diri buat persiapan untuk majlis kawen bulan depan...so,tadi aku pergi Era Nona beli barang2 ckit.Sambil round2 dlm kedai tu, ternampak plak satu bunga yang dia gubah.Kat tengah2 tu ada plak riben...cantik lah plak. Maka timbullah idea aku nak wat menda yang sama....aku pom belilah kertas yang dipanggil 'Paper Twist'.


Haaaaa....gnilah rupa paper twist tu. Ia dipanggil paper twist sebab kertas tu di twist sampai jadik mcm seurat tali padahal bila dibukak ianya boleh jadik lebar macam dalam gambar tuuu!

Ni plak gambar yang aku dah siap buat riben dari Paper Twist.....



Hehehehe...sila abaikan muka ku yang bulat.Fokuskan hanya kepada riben, hasil kerja tangan dan kaki ku jer. Cantik lah jugak....lagipom ni first time aku usaha untuk create and buat sendirikkkk!....sebelum ni asyik puji yang orang buat jek. 

Buku tu. adiah dari tunang tersayankkk....nama jer diari tapi tak da nya aku rajin sesangat nak tulis diari. Dalam tu, yang ada just list barang-barang yang dah dibeli untuk majlis kawen next month.Ngeh3....

Sebenarnya planning untuk riben tu...aku nak hias untuk dalam bilik nanti.bila dah gabung ngan bunga2an mesti lagi berseri-serikan....i got it!!!!




Aku Sudah Bertunang....●❤✿

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.
"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

-------AYAH--------♥


Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita? Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga. Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga.. Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya".. Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..




Teramat tersentuh membaca post ini.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...