sEanDainyA..




Sendirian aku....bertanyakan kepada diriku.


Apakah salahku?
Sentiasa disebut akan keburukan ku yang kadang-kadang aku sendiri tidak tahu..
Aku bingung...aku menangis..
Menangis tanda kesedihan, kekeciwaan, kekesalan..


Apakah salahku?
Kenapa aku harus dibandingkan dengan insan lain
Yang dirimu anggap mereka jauh lebih baik dariku..
Sekiranya wang ringgit itu dijadikan kayu pengukur untuk setiap kebaikan
Maka, aku mengakui...akulah insan yang paling jahat
Kerana aku tidak mampu untuk memberikan dirimu itu semua.


Apakah salahku?
Perlu kah aku menyatakan kepadamu
Selama ini aku menggunakan seluruh kudratku yang Allah kurniakan
Untuk menolong mu semungkin yang boleh...
Mencuba sedaya upaya untuk meringankan bebanmu...


Apakah salahku?
Tidakkah dirimu  nampak akan itu...
Diriku penat...diriku tertekan..
Aku meminta maaf sekiranya ada sikapku yang nampak seakan-akan memberontak
Kerana aku juga insan biasa
Yang mempunyai hati dan perasaan...


Apakah salahku?
Kadang-kadang katamu amat mengguris hati dan perasaanku
Perasaan seorang insan yang amat menyayangimu
Tidakkah engkau sedar bahawa setiap kata-katamu
Adalah doa untukku........
Hati kecilku menjerit untuk melaungkan rayuan dan pujuk rayu padamu
Agar tidak berkata begitu....
"jangan...jangan....aku memerlukan keredhaan darimu"
"jangan doakan aku begitu...tolonglah wahai insan yang amat aku sayangi"


Apakah yang harus aku lakukan?
Apakah yang harus aku lakukan untuk membuatkan dirimu bahagia..
Apakah yang harus aku lakukan untuk menutup segala kedukaan mu dan menaburinya dengan kegembiraan..
Apakah yang harus aku lakukan untuk membalas segala kesakitn yang pernah dirimu lalui satu ketika dahulu..
Apa ya Allah.....


Seandainya...


Seandainya..
Menjauhkan diri darimu dapat membuatkan dirimu tenang, aku sanggup!
Walaupun realitinya ingin sekali diri ini mendakapmu setiap saat tanda kasih sayangku padamu..


Seandainya..
Mendiamkan diri dapat membuatkan dirimu tenteram, aku sanggup!
Walaupun realitinya ingin sekali diri ini membicarakan segala suka duka, resah gelisah yang bersarang didalam hati ini..


Seandainya..
Kematian boleh mengurangkan dosa-dosa aku kepada dirimu, aku sanggup!
Kerana aku tahu sudah banyak aku mengguriskan hatimu sepanjang kehidupan ku
Walaupun pada realitinya...aku langsung tidak bermaksud begitu.
Walaupun pada realitinya...aku menyesal untuk setiap saat yang telah berlalu. Menyesal akan kekhilafan ku..
Walaupun pada realitinya...aku sentiasa ingin menjadi yang terbaik disisimu.



Ketahuilah...aku teramat MENYAYANGIMU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...