Overnite wif En. Suami tersayank. Epi besday abg !!!

Hapy Birthday To you,
Hapy Birthday to you,
Hapy Birthaday To Abang,
Hapy Birthday To you.

Betul ker saya nyanyi lagu ni ek? ntah.....suke hati ler betul ker x. Kalau silap, anggap jelah lagu ni versi ciptaan sendiri.Hehehe....

Lagu ni tak penting...yang lebih penting, malam tadi SAYA & EN. SUAMI telah ber'overnite' sempena Besday dia yang ke-23 (walaupom dia sentiasa perasan sweet~17. Sabor jelaaaa...). Waaaaaaaaa....hati berbunga-bunga sambil nyanyi2 lagu 'Hatiku Penuh Dengan Bunga Kecuali Bunga Taik Ayam'. La la la la la.Wahhhhh...Sesuka hati jer mencipta lagu! 

EN.SUAMI telah memberikan saya 1 syarat penting untuk ber'overnite' , DILARANG TIDUR, TERTIDUR, MENIDURKAN mahupun SENGAJA TERTIDUR sepanjang tempoh tersebut. Sekiranya ianya terjadi, maka kepala saya akan diketuk. Hahaha...sungguh kejam syarat itu.

Sesungguhnya dia lebih tahu akan kelemahan diri ini.....CEPAT MENGANTUK & CEPAT TERTIDUR. 

Jom darling jalan-jalan round kampung tgk gambar kitaowang. Hakhak......



@ taman syahbandar, Kuala Terengganu







@ hadapan Istana Maziah, Kuala Terengganu.



Ketenangan angin malam buatkan aku ingin terbang. Amat mendamaikan...
Wahhhhh...jiwang gitussss!






Baju jersi idaman






Ni makanan wajib beli bila kitaowang kluar. 
Wafer coklat + peanut......yummmmy!



On the way nak balik dah ni.
Saje jer pakai cermin mata hitam untuk mengcoverline 
kalau2 tertido. Hehehe....
Tapi tetap ketahuan, kena ketuk kepala.


Mesti tertanya-tanya kan....cakap kuar overnite sempena besday EN. SUAMI tapi mana kek & adiah. Huahua ~Jawapannya:

1) Hadiah besday

Hadiah Besday tahun ni adalah baju yang EN.SUAMI pakai. Nampaknya xsupriselah kan, belum pun 31.7.2011 tapi adiah dah bagi. Memang pom....sebab saya ada satu sikap yang tidak sabar. Bila dah beli adiah, xsabar2 nak bagi n tengok reaksi EN.SUAMI....so, motifnya bagi jelah walaupun tarikh besday belum sampai. Huahuahua....sesuka ati saya jer kan.

2) Kek

Kek plak xsempat nak beli coz malam tadi lepas Solat Isyak baru kluar, so kedai kek dah tutup bila sampai sana. Sedihkan.....huahuahua. Sesungguhnya saya lebih sedih berbanding EN.SUAMi bila kedai kek tutup coz saya sebenarnya yang beria2 nak makan kek. (Kebingungan EN.SUAMI buat sementara waktu ~ siapa punya besday ni, aku ker dia? hahaha)

Motifnya ---------> bersabarlah wahai EN.SUAMI dengan kerenah wife mu yang tersayank ini.Luv u Much.

Nak tujukan ucapan untuk EN.SUAMI boleh x?
Boleh lah erkkkk.....Plizzzz.
Haruslah boleh, ni kan blog kau. Hahaha....

Selamat hapy besday abg,
Selamat menyambut hari lahir abg,
Selamat menjadi lebih dewasa abg,
Selamat memikul tgjawab sebagai suami di usia 23thn abg,
Selamat berbahagia dengan kehidupan baru, Luv u so much.
(Wahhhh...banyaknyer 'selamat', HARUSLAH sebab SAYA syg DIA)

 


Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz telah kembali ke Rahmatullah.

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.


Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.


Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.


Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.


Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

IBU Mohd Ashraf Abd Aziz, 26 yang dikenali Mak Yah, 50, menunggu jenazah di luar bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, hari ini. - Foto Imran Makhzan
Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali.
Al-Fatihah untuk arwah.

Hari ni hari apa datuk harimau? Hari ini Hari Mengantuk Sedunia :-)

Kenapa tetiba tanya Datuk Harimau pasal hari ni....datuk harimau tau pasal jam/time/waktu jer. Nanti datuk harimau marahlah....tetiba jer melalut. Huahuahua.....MOTIFNYA?

Motifnya....hari ni saya amatlah mengantuk. Ada banyak penyebab yang membawa kepada rasa mengantuk ini (mcm reseach lah plak) :

Sebab yg pertama

::: Arini saya puasa, walaupom tadi saya mkn byk masa bersahur tp saya tetap rasa lapar sekarang. Macam2 makanan terbayang dekat kotak fikiran ni. (godaan syaitan betul ~ kasi pelempang dekat syaitan tu).

Sebab yg kedua
                          
::: Badan saya sedikit penat ye, sebab semalam ada kenduri tahlil dekat rumah mak mertua ~ sebagai menantu yang agak baik, saya buat semua kerja yang saya mampu buat (bunyi mcm ketua projek tahlil jer, padahal AJK potong memotong jer ~ potong bawang, sayur, buah).

     Huahua...haruslah aku saya berbangga sebab saya tetap nak menolong walaupom dari segi masak memasak saya xmampu nak menolong (mengaku dgn ikhlas..huahua)


Sebab yg ketiga

::: Saya boring sebab xada kerja nak dibuat......sebab yang ketiga ni sentiasa dialami dalam menempuhi liku-liku mghabiskan waktu kerja selama 8jam.huahuahua.

Saya cuba sedaya upaya untuk tido dengan selesa dekat opis ni...tp saya xmampu...hakhak.



Ini adalah cara yang agak selesa untuk tido bila dipejabat 
tapi risikonya tetap ada coz bila terjaga lengan rasa bagai nak patah.
Yang penting, tido tak tenteram coz asyik 
teringatkan bantal empuk kat umah.Haha.

Ada cara yang saya guna untuk mengcoverlinekan perbuatan jahat ini: 


Guna fail...bukak fail then tutup muka (mcm gmbr atas).
Budget org agak tgh tekun buat kerja.hahaha



- __________________-

Boleh tidur dengan tenang sambil mimpi bos senyum tgk kita buat keje.

Tomato oh tomato VS sunburn



Sejak arini....sebenarnya sejak semalam aku mula jatuh hati dengan En. Tomato. Tiap saat asyik merinduinya, tak sabar nak tunggu malam ni. Hehehe.....En. Suami balik keje pukul 11 malam ni jadik bolehlah aku berkasih sayang sambil bermanja dengan En. Tomato plak. 

Silalah jangan salah faham yek. Saya bukan isteri yang curang...hakhak.

Sebenarnya, muka saya sekarang ni sunburn.....sunburn paling teruk yang pernah dialami. Sampai semua orang dah tegur.....maluuuuu! 

Nampak lebih jelas dan ketara bila aku bukak tudung...pipiku dah berbalam jadinya. So sad!

So, semalam saya pun mulalah merajinkan diri mencari tips dan petua untuk menghilangkan sunburn ni.

Salah 1 caranya ialah dengan menggunakan buah tomato dimana tomato tersebut perlu dipotong dan gosok dimuka. Biarkan ia kering kat muka then barulah basuh muka. Memang terasa fresh bila gosok tomato ni kat muka.....hasilnya kulit wajah jadi lembut n yang penting kesan sunburn boleh hilang.

Malam tadi dah buat 2 round...memang bleh terasa perbezaannya. Hati suka sambil nyanyi.....la la la la la.

Malam ni boleh buat lagi. Sukanya.........ku jatuh hati dengan En. Tomato.

Sekian....sape2 yang rasa nak kulit muka yang cantik try lah. Bagi sesiapa yang malas....rugilah korang.Hehehe.

Haaaaaa.....ginilah rupenyer kalau rajin gosok tomato kat muka. Cantikkan diorang....hahaha, tetiba jer aku ni. Padahal diorg ni mcm2 guna u cantik, kosmetik plak konpem yang mahal2...saje jer nak promote.



Perkahwinan Fedtri Yahya

Akhirnya berkahwinan jugak Ahmad Fedtri Yahya ni. Minat tahap cipan dengan dia ni.....boleh dianggap lelaki melayu terakhir. Al maklumlah kalau dia bercakap....tak pernah puas telinga ni mendengar, penuh berpuitis. 

Perkakwinan pasangan pengantin ini berlangsung pada 28 Mei di Kelantan. Majlis resepsinya pula diadakan keesokan harinya iaitu pada 29 Mei di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan. Kedua-dua mempelai akan diraikan sekali lagi pada 11 Jun depan di Arena Square, Pengkalan Baru, Pantai Remis, Perak iaitu di tempat kelahiran Ahmad Fedtri Yahya.

Jom jenjalan layan gambar kawen diaorang:











Sesungguhnya janji Allah itu pasti.....wanita yang baik, untuk lelaki yang baik. Semoga perkahwinan yang dibina ini kekal hingga ke hujung nyawa. Amin.

Perkahwinan Nurul Shuhada (pengacara Majalah 3)


Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa,29, di Binjai On The Park, KLCC, di sini, malam Sabtu. Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Nurul iaitu Mohd Zin dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC selepas solat Isyak.

Pihak TV3 dalam satu kenyataan ringkasnya yang diedarkan di sini, Ahad memberitahu, pihak perempuan menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777.
“Hanya sekali lafaz, Nurul sah menjadi isteri kepada Raja Amir,” kata kenyataan itu.
Sementara itu majlis yangbertemakan “Moroccan” itu mendapat sentuhan Khalid & Favor By Eddy sebagai perunding perkahwinan manakala pakaian nikah adalah rekaan Datuk Radzuan Radziwill
Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media sebaliknya hanya untuk keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

 
 Cantikkan....sepadan. Semoga perkahwinan mereka kekal sampai ke akhir hayat. Amin.

CARA BERJIMAK MENGIKUT ISLAM

 


Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna

Cara berjimak yang dilarang

Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"


Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. 
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang   bengis. 

Jangan berjimak antara azan dan iqmah. 
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami & isteri berwuduk. 

Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban

Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari)

Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). 

Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. 

Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. 

Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dlm tempoh 3 hari 3 mlm

Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). 

Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat. 

Cara berjimak yang dituntut.

Berjimak pada malam Isnin. 

Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

  Sewaktu matahari di tengah langit. 
Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

Pada malam Jumaat. 
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

Hari Jumaat selepas asar. 
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. 
Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

Bacalah doa berlindung dari syaitan. 
Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

Amat suka akan kata2 ini !


Arini tetiba terbaca kata-kata ni....rasa macam best.


Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Bila baca serangkap kata-kata ni....terasa kerdil diri ni. Insan Allah yang tidak pernah sempurna...yang tidak pernah terlepas dari dosa...yang sentiasa leka akan kekuasaan Allah tatkala diri merasa bahagia dengan mainan dunia. 

Jangan terlalu mengharapkan yang sempurna, kerna dirimu sendiri penuh dengan kekurangan. Sedarlah wahai insan.

Tika Hati Ingin Mencari Kekasih HATI

Wahai kaum Adam..

Andai mahu mencari Hawa..

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk Hawa pula..

Andai mahu menerima cinta Adam…

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri…

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya..??
Siapa yang tahu…

Wallahualam.

p/s : artikel dari panduan islam untuk tatapan hati.

SamBunGan : LePas KaWen....KiTa eNJoY!

Assalamualaikum....
Hari ni...3.7.2011. Selamat hari ahad semua!

Now, sambung citer pasal 'lepas kawen...kita enjoy'.
Banyak sangat yang nak diciter....sanggup jer aku sambung kat new post.Hakhak, ntah ada ker idok orang baca ni. Perasan lebih jer....Bak kata pepatah yg baru 'ada aku kesah'!

First day dah citer,second day dah citer...now, hari ke3 lah plak kan.

•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•     Ke-3 daY    •*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•

Hari ke-3 ni, hari kitaorg nak balik lah plak.
Dah penat jalan kt cni...urat2 badan pun dah kaku sebab 24jam duduk dalam cuaca yang sejuk. So, kita balik lah kan.. rindu dekat cahaya matahari :-)
Dalam perjalanan balik ni, we all singgah kedai2 vs bazar dekat kaki bukit Genting ni.
Dekat cni macam2 gak ada jual.
Tapi matlamat kitaorg just nak cari starwberry.
Lagipun brsebelahan dengan bazar ni ada kebun strawberry.
mana tau dapat harga lagi murahkan.
Wooooowwwww...terujanya akusssss tgk buah stawberry!

 tgk tu...tgk tu...yummy strawberry

 geramnya nengok salad ni...segar bugar.

 model salad..huahuahua.

cantiknya orkid ni...rasa mcm nak bwk blk umah.

Dah puas jalan2, we all beli lah 7 paket strawberry u bwk blk bg family.
Satu paket Rm10...So, kesemua jadilah Rm70.00.
Oklah tu kan :-)

0_______________________________________0

Ni plak another gambar yang xsempat untuk distory kan.
aku dah penat nak tulis dekat new post.Haha..
Jom ler nengok2...!










Kenangan terindah yg tak kan dlupakan ❤thanks abg!


LePas KahWin...kiTa enJoY !

Assalamualaikum!


Hari ni, 1.7.2011...puan hamba (prkataan berlawanan ---->tuan hamba) nak story about 'Lepas kahwin...kita enjoy!'.


Kenapa tetiba nak cakap pasal enjoy ni? ce cite..ce cite..sebab lepas kawen konpem pasangan pengantin akan pergi honey+moon kan. Inilah yang dikatakan dengan enjoy..haha.


Dan puan hamba terasa tersangatlah enjoy pergi honey+moon dekat Genting Highland. Knape enjoy ek?....sebab sebelum kawen mane puan hamba ada peluang nak kuar jalan-jalan macam ni. Kalau nak kluar pom..perlu ada alasan yang amattt kukuh + konkrit. Kena kemukakan usul pada emak puan hamba dalam keadaan yang amat tertib + muka kesian. Barulah usul tu akan diluluskan...tu pun, kadang2 usul tu lulus only 50%...that's means, last minit nak kluor tu....tetiba emak puan hamba bersuara 'Ana, xpayah pergi'....... :-(


Tapi puan hamba tak marahkan mak puan hamba pun.....dia buat pun untuk kebaikan puan hamba, emak tak nak puan hamba terlalu bebas. Haruslah...sebab bukan ada ikatan yang sah pom kan. Hakhak...luv u mom.


Puan hamba bertolak ke Genting 14.6.2011 (selasa)...pukul 12mlm. Sampai di Hentian Temerloh dalam pukul 3 pagi...so, rest dulu kat situ. Selepas solat subuh...barulah teruskan perjalanan ke Genting. Memang best drive awal pagi ni...boleh amik berkat udara pagi. Fresh giler...haha.

Jom jenjalan nengok2 gambor....


•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•     FiRsT daY    •*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•

First day round jalan2 mengenali area genting.haha.....
Sambil2 jalan nak g first world, nampaklh pak cik dekat tepi tu jual aiskelim..apa lagi, 'bang, jom kita beli aiskelim...beli satu dah ler, kita kongsi. Budget romantiklah tu satu aiskelim kongsi dua.Haha!
Best-------->best

Waaaaaa....aiskelim. Sejuk2 pom mkn aiskelim!

Pastu...apa lagi, round2 and amik gambar banyak2.

Happynyer aku...asyik 'PeaCe' jer!

'CuTe' sangat teddy bear kat kedai ni....tp agak mahal, so amik gambar jelah.

Usband cakap...'sayang duk cni,view kat blkg cantik' :-)

Bila malam plak...kluar jalan2 lagi, tapi ni kluar jalan2 cari makan. Perut lapar tahap gaban...tempat tu sejuk, ckit2 lapor...ckit2 lapooorrrrr. Apa lagi...usband pom col lah kwn dia, kwn dia tu keje dekat Genting. So, kalau mkn dekat cafe diorg dapatlah pekerja punya price. Murah! ------> suka-suka.

Perut kenyang, suka hati...lalalalala ♫♫♫
Lepas tu...ada plak another friend dia col cakap nak belanja makan.
kawan dia ni keje dekat restoran...apa lagi, jom2 makan!


 Abang punye ❤

 Sayang punye ❤

 Pencuci Mulut....rasa mcm xcuci sangatlh mulut ni...nak tambah boleh? ❤

 Yummyyyyy.....

Super like bola2 api kat atas tu ❤

Moral of the story....kenyang tahap gaban pd malam ini, sebab makan 2kali. Full tank!

Hari pertama agak memenatkan sebab sampai2 jer terus pergi check in bilik, then jalan2 sampai
petang -----> sampai kaki dah xlarat nak jalan......huahua. Keterujaan yang jelas dan nyata! Tapi BeSt.


•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•     SecOnD daY    •*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•

Second day, plan arini nak naik Cable Car untuk tengok2 view kat Genting Highland ni.
tiket Cable Car ni Seorang RM5...kalau untuk perjalanan pergi balik, that's means RM10 lah kan. Seronok jugaklah naik Cable Car ni...and agak seram jugak, maklumlah tinggi tuuuu. That time, apa yang ada dalam fikiran 'kalau lah aku jatuh ni,mcm mana lah kan'...

Apa yang best second day ni, aku dapat teddy bear besarrrrrrr...like3.


Teddy bear lg besar dari we oulll..

Mcm mana aku bleh dapat teddy bear ni erk?-----------?
Haaaaaa....we all main game yang ada dekat ctu lah. syiiioooookkkk!
Mcm2 game ada...yang penting kna top up dulu dekat kaunter, then baru bleh main semua game yang ada. Excited giler main game cni....mcm2 hadiah ada, tapi lebih kepada teddy bear dari saiz yang paling kecik sampailah pd yang paling besar.
(We all dapat yang paling besar...haha. Dengan bangganya)

Game yang my usband pilih ----> campak ball dalam lubang, dekat ctu ada banyak lubang. Ada 3 saiz: kecik..sederhana..besar.
Sekali my usband campak, dapat yang big.
weiiii...melompat mcm monkey dapat bunga. Suka tahap cipan!
tercapailah hajat aku nak teddy bear tu :-)

Pastu my usband siap cakap dekat girlzzz yang jaga game tu
'ni hadiah untuk isteri sya'......so sweeeeeeet.
Sayang abang lebihhhhh!
Thanks a lot to my usband...dia cuba sedaya upaya untuk mendapatkan teddy bear ni 4 me.

                                          (¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ
                                                             ´*.¸.•´♥`
BerSamBuNg Kat New Entri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...