Bila wanita bertudung & wanita free hair mempertahankan pendapat masing2.

Amat hot perbualan diaorang. Jom baca!

Ada pendapat masing2 tapi tak perlu bagi alasan belum sampai seru kerana menjaga aurat adalah tanggungjawab diri sendiri!... fikir2 kan lah.


Sumber : Siti Atikah

Berbuka puasa @ Pantai Batu Buruk

Salam Ramadhan di hari yang ke-7 puasa.....

Sedar tak sedar dah 7 hari kita berpuasa kan. Alhamdulillah....

Dua hari lepas Hari Jumaat, kalau dekat Pantai Timur....kitaowang cuti umum.
So...masing2 mesti ada plan nak berbuka puasa dengan family dekat luarkan.
Selama ni bukak puasa dekat dapur jer....
Kalau tak dekat dapur umah sendiri, mesti dekat dapur umah mak mertua...tak pun dekat dapur jiran sebelah. (hahaha...HARUS ker gtu?)

Aku plak ambik peluang untuk berbuka puasa dekat pantai...Pantai Batu Buruk.
Sila jangan sesekali salah faham dengan nama tersebut...Walaupun nama pantai tu agak buruk tapi pemandangannya tak seburuk nama okessss!






Haaaaa....kan dah terbukti tu. Cantikkan! pemandangan yang mendamaikan hati....

Sebab tu lah ramai yang datang berbuka puasa dekat cni....lagipun bazar ramadhan pun ada berdekatan. Parking kete siap2 dekat pantai (cari port yang bagus) pastu g jalan gedek2 beli makanan dekat bazar. Macam2 makanan ada.....murah pun murah (murahlah jugaksss...hakhak)

Antara juadah berbuka puasa yang aku & en. suami sempat beli dekat Bazar Ramadhan Pantai Batu Buruk:




Waaaaahhhhhh....sungguh mengikut nafsu kami membeli yek. Nafsu makan yang membuak2....

Harga makanan & minuman kitaowang:
  • Nasi Beriani ~ RM 5.00
  • Nasi Ayam ~ RM 4.00
  • Ayam Bakar ~ RM 7.00
  • Wafer  Peanut + Coklat ~ RM 5.60
  • Air Kelapa ~ RM 1.00
  • Air Apple Hijau ~ RM 1.00
  • Air Jagung ~ RM 1.00
Semua sekali : RM 24.60 (okesssss tak harga? okessss kan...kan...kan.)

Bila dah penat pergi bazar yang sesak lagi hot tu...kitaowang pun, lepak2 dekat pantai sambil tunggu waktu berbuka ---------> sempat lagi amik gambar!


 Muka penat lepas meredah bazar + lapar


 Saje jer buat gimik...hakhak.


 Love u damn much! 


 
Nampak kurus...i looooike!


Tepat jam 7:26pm ------- satu tembakan dilepaskan tanda masuknya waktu berbuka puasa. Best...best...syiok...syiok.




Beginilah suasana dekat Pantai Batu Buruk bila tiba time berbuka....
Don't worry takut tak nampak nak amik lauk, maklumlah dah gelap ckitkan waktu tu
Dekat tepi2 tu ada sport light. Konpem terang benderang! Hakhak.

Suasana berbuka yang berbeza ~ perasaan yang berbeza ~ ketenangan yang berbeza.
Selamat berbuka puasa & ambiklah peluang untuk berbuka puasa dengan family tersayang pasti setiap detik akan menjadi kenangan terindah!

Rasa macam nak berpantun sebagai penutup post ni tapi tak pandailah.
apa-apa pun, Wassalam. 



Ramadhan oh Ramadhan! Penghijrahan yang amat besar dalam hidupku. Alhamdulillah..



Salam ramadhan semua....

Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 3 kita berpuasa.
Jiwa kental menghadapi setiap detik...walau diri terasa lapar & dahaga, namun niatkan lah hatimu untuk beribadat kepada Allah, pasti...pasti...dan amat pasti ada barakahNya.

Ramadhan pada kali ni, memberikan 1001 peluang untuk aku menghijrahkan diri kearah yang lebih baik. Menyambut Ramadhan dengan status "isteri". 

I S T E R I? Perkataan keramat dimana disebaliknya terselit pelbagai tanggungjawab yang perlu ditunaikan dalam usaha untuk mendambakan syurga ilahi. 

Setelah menjadi seorang isteri, secara ikhlasnya terlalu banyak perubahan yang perlu aku lalui. segala-galanya amat berbeza semasa aku masih 'anak dara'. Perubahan yang menjadikan aku lebih dewasa. Insyaallah!

Yang paling ketara.....dulu kena dengar cakap mak ayah, skang kena dgr cakap suami. Ini sudah semestinyakan. Syurga dibawah tapak kaki suami. HARUSLAH bertindak mengikut arahan suamikan...

Dulu, masa belum kahwin....kerja aku mengemas rumah jer. Langsung xleh tengok bersepah ckit, terus kemas sampaikan ahli keluarga dah bagi title Mrs. Perfect. Part masak-masak ni plak langsung tak sentuh (serius), setiap hari mak masak, bukak mata makanan dah ada depan mata. Time nak berbuka, part aku sediakan air jer....(sungguh malas budak ini...hehehe).

Sekarang ni....100% berubah, aku yang kena masak.Serius tak pandai masak....aku hentam jer. Tapi alhamdulillah, menjadi. Betullah orang kata 'tak pandai masak macam mana sekali pun, bila dah kahwin konpem jadik pandai'. Kan skrg dah terbukti...! 

Saya sayang kehidupan saya sekarang! 






Puding Karamel...oh puding karamel !!


Saya tetiba jatuh hati dengan puding karamel ni semalam....HARUSLAH jatuh hati, bulan puasa kan konpem tgk semua makanan berkenan. Tapi yang ni saya betul2 dah jatuh hati.Hakhak....

Maka, dengan semangatnya saya menyelongkar resepi Puding Karamel ni dekat internet. Secara ikhlasnya saya memang ada niat nak try buat tapi belum ada masa (alasan semata2..haha). 

Sekarang, saya nak share resepi puding karamel yang saya belum mampu buat.Hahaha...

Resepi Puding Karamel

Bahan A: (untuk buat kuah gula hangus tu)
1 cawan gula
1/4 cawan air

Bahan B:
1 tin susu cair
1/4 tin air
4 biji telor
1/2 cawan gula kastor
1 t/s esen vanilla

Panaskan Bahan A dalam kuali. Masak sampai jadi kaler kuning.
jangan sampai kaler coklat pekat nanti gula hangus nye pahit.
Bila dah kuning, tuangkan dalam loyang. biarkan sejuk. (nanti akan keras).

Kacau telor dengan gula. (jangan pukul sampai kembang, nanti jadi berlubang2 pudingnya) pukul perlahan2 jangan sampai berbuih2 nanti puding xcantik. Lepastu masukkan susu cair, air, dan esen vanilla. panaskan periuk kukus, letakkan loyang yang ada gula hangus td dalam periuk kukus. tuangkan bahan B yang di kacau td dalam loyang dalam periuk kukus td. kukus sampai dia masak..

dah siap sejukkan sekejap dalam loyang, nak makan hidangkan dalam pinggan yang berlekuk sket supaya air gula hangus xtumpah yer.

Kalau terasa agak sukar untuk faham cara menyediakan puding karamel secara teori mcm ni. Try lah search dekat you tube plak yer....ada tunjuk secara praktikal. Lebih mudah untuk faham.

Sekian...SELAMAT MENCUBA YER TUAN-TUAN & PUAN-PUAN! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...