Ramadhan oh Ramadhan! Penghijrahan yang amat besar dalam hidupku. Alhamdulillah..



Salam ramadhan semua....

Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 3 kita berpuasa.
Jiwa kental menghadapi setiap detik...walau diri terasa lapar & dahaga, namun niatkan lah hatimu untuk beribadat kepada Allah, pasti...pasti...dan amat pasti ada barakahNya.

Ramadhan pada kali ni, memberikan 1001 peluang untuk aku menghijrahkan diri kearah yang lebih baik. Menyambut Ramadhan dengan status "isteri". 

I S T E R I? Perkataan keramat dimana disebaliknya terselit pelbagai tanggungjawab yang perlu ditunaikan dalam usaha untuk mendambakan syurga ilahi. 

Setelah menjadi seorang isteri, secara ikhlasnya terlalu banyak perubahan yang perlu aku lalui. segala-galanya amat berbeza semasa aku masih 'anak dara'. Perubahan yang menjadikan aku lebih dewasa. Insyaallah!

Yang paling ketara.....dulu kena dengar cakap mak ayah, skang kena dgr cakap suami. Ini sudah semestinyakan. Syurga dibawah tapak kaki suami. HARUSLAH bertindak mengikut arahan suamikan...

Dulu, masa belum kahwin....kerja aku mengemas rumah jer. Langsung xleh tengok bersepah ckit, terus kemas sampaikan ahli keluarga dah bagi title Mrs. Perfect. Part masak-masak ni plak langsung tak sentuh (serius), setiap hari mak masak, bukak mata makanan dah ada depan mata. Time nak berbuka, part aku sediakan air jer....(sungguh malas budak ini...hehehe).

Sekarang ni....100% berubah, aku yang kena masak.Serius tak pandai masak....aku hentam jer. Tapi alhamdulillah, menjadi. Betullah orang kata 'tak pandai masak macam mana sekali pun, bila dah kahwin konpem jadik pandai'. Kan skrg dah terbukti...! 

Saya sayang kehidupan saya sekarang! 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...