Kursus kawen....

Salam semua kepada yang sudi view blog ni....hehehe.

Arini rasa cam nak kongsi cerita about kursus kwen yang aku hadiri 2 hari lepas iaitu pada 4&5.3.2011 (jumaat & sabtu). Kursus ni aku amik dekat Masjid Sultanah Nur Zahirah,Marang,Kuala Terengganu,Terengganu.
           Apa yang boleh diperkatakn tentang keseluruhan kursus tu...best!.Best coz banyak sangat2 ilmu yang aku dapat dari kursus tu...betul ckp alim ulamak,lakukan sesuatu dengan perbetulkn niat terlebih dahulu. Masa mula2 aku nk g kursus ni,dalam hati aku just untuk suka2 and untuk dapatkan sijil kursus..Tapi,bila terbangun dari tidur pada pagi jumaat tu (4.3.2011), aku rasa macam  dapat hidayah dari Allah untuk betulkan niat agar timba ilmu sebanyak mungkin dari kursus ni. Alhamdulillah....sepanjang kursus ni aku langsung xtertido...dapat concentrate sepenuh hati and yang penting hatiku semakin yakin untuk mendirikan rumah tangga.
           Pada hari pertama kursus....agak terlewat bangun coz malam sebelumnya kat umah aku ada buat kenduri ckit.So.....sejak dari kecik2 dulu sampai sekarang,time2 kenduri konpem keje aku kemas umah,cuci pinggan mangkuk n kemas dapur. Agak penattttttttttttttttt......tido lewat maka dengan gahnyer aku terbangun lewat, pukul 6.45am. Janji dengan si dia pukul 7.00am dah kna bertolak coz pukul 7:30~8.00am untuk pendaftaran. Wooooiiiiiiittttttt.....maka kelam kabutlah jadinyer. Tapi alhamdulillah......masa sampai tu sesi pertama belum start pom.hakhak.....!
           Hari jumaat lebih banyak membincangkan tentang akidah.....sesuatu yang penting perlu diingat tentang akidah ni, jangan sesekali tersilap langkah coz ia boleh membatalkan iman kita. Takutnyerrrrrrr......bukan ape,kalu terbatal iman...camner dengan amal ibadat kita,Allah terima ker....so,kalu terasa was-was tu cepat2 mengucap ek! Contohnya, katakanlah kita menganggap alam ni sediakala,maka iman boleh terbatal coz alam ini adalah baru....yang sediakala hanyalah Allah SWT. Satu lagi....aku betul2 tertarik dengan apa yang ustaz tu ckp...dimana Allah berjanji kepada Nabi Muhammad SAW, tiada umat yang terdahulu akan memasuki syurga melainkan umatMu. Kita tahukan....kita ni umat diakhir zaman, maka pasti ada umat2 Nabi yang terdahulu contohnya Nabi Adam,Ibrahim,Idris.....Disini kita dapat lihat betapa besarnya kasih sayang dan kelebihan yang Allah telah berikan pada kita, umat Nabi Muhammad SAW kan,kan,kan....Alhamdulillah.
            Hari sabtu pulak......ia lebih membincangkan berkenaan keadaan dalam rumahtangga. Kebanyakan ustaz2 tu dah kawen. So, diorang bercakap melalui pengalaman....tu yang best coz rasa macam real jer.hakhak. Ada satu slot tu membincangkan pasal komunikasi dalam rumahtangga. Penceramah tu cakap....kalau masa bercinta,tiap saat kita berkomunikasi dengan pasangan...bila berjumpa tu macam2 benda yang disembangkan,kdg2 apa yang nk dicakapkan belum habis lg...malam tu bergayut plak dalam telefon,sambung cakap. Tapi bila dah kwen....terbalik plak situasi tu. Bila dah 24jam depan mata,xada apa yang nak disembangkan....kau tengok aku,aku tengok kau.Betul ker macam tu ek....macam xcaye kan....Tp yang dah berkahwin jer akan mengetahui kebenaran kenyataan ni. Kita,yang belum berkahwin ni...berdoalah moga2,bila dah berkahwen...situasi tu xkan jadi dalam rumahtangga kita. Biarlah hubungan suami isteri tu kekal bahagia macam zaman2 bercinta sampai ker akhir hayat.....!
             Itulah serba sedikit yang aku mampu kongsikan di blog ni. Semoga bleh wat iktibar untuk kita semua. Setiap pasangan mengimpikan kebahagian dalam perkahwinan....tapi perlu diingat,kebahagiaan tu milik Allah. Mintalah dariNya, nescaya ia akan mengurniakan kepada kita kerana Allah amat menyayangi umatNya yang sentiasa merendah diri dengan berdoa kepadaNya. Insyaallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...