Apabila si gadis mula berbicara soal hati & perasaan.

Si gadis menjalani kehidupan seharian dengan tenang dan bahagia namun akuilah disebalik keceriaan itu masih banyak perkara yang menggusarkan hatinya. Di awal usia 20-an, setiap titik perjalanan hidup dirasakan indah sambil dikekelingi teman-teman yang amat membahagiakan. Di tika ini apa yang difikirkan hanyalah ilmu,teman dan enjoy!. Namun, apabila usia mulai menjengah usia 24 tahun hati kini berkecamuk dalam mencari identiti diri. Walaupun segulung ijazah telah dimiliki bukti kejayaan diri, jauh disudut hati si gadis merasakan dirinya belum berjaya kerana tiket ijazah bukanlah jaminan untuknya mendapatkan pekerjaan.
          Kadang kala tercalit sedikit perasaan cemburu dihati si gadis apabila melihat rakan seusia telah mendapat pekerjaan tetap dengan berkelulusan SPM. Pernah terlintas difikiran si gadis "Seandainya boleh diputarkan masa, dia tidak akan melanjutkan pelajaran sebaliknya mengikut jejak langkah rakan mencari kerja"...namun mana mungkin ianya boleh terjadi. Si gadis menenangkan hatinya dengan mengatakan "Insyaallah Allah akan memberikan rezeki yang lebih daripada itu, cuma mungkin masanya belum tiba". Berbunga-bungalah hati si gadis dengan penuh pengharapan.
          Walaubagaimanapun, hati si gadis sekali lagi berkecamuk apabila memikirkan perihal jodoh. Sekiranya jodohnya telah sampai apa akan terjadi dengan cita-citanya yang masih tertunggak. Bebanan semakin bertambah sedangkan tanggungjawab kepada kedua ibu bapa belum terlangsai. Di sudut hati si gadis terselit perasaan bersalah kepada ibu bapanya, si gadis kasihan melihat kedua ibu bapanya....namun si gadis redha dengan ketentuan Allah dan mengharap ada keberkatan disebalik ikatan perkahwinan yang bakal ditempuhi agar Allah mengurniakannya rezeki. Si gadis juga berdoa agar Allah memberikannya peluang untuknya membalas jasa ibu bapanya kelak. Itulah janji si gadis pada dirinya sendiri!..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...