Percintaan

Dalam sesuatu perhubungan cinta pasti ada waktu pasang dan surutnya. Bila time pasang, hati kedua-dua pasangan tu berbunga-bunga sampaikan tetiba wujud taman bunga dalam hati. Macam-macam lah bunga yang tumbuh. Ada bunga ros,melur,lili,kekwa...tapi yang pasti bunga taik ayam tak ada dalam senarai ek.

Dunia ni rasa indah sangat2. Tapi bila time surut, mak ooiiiiiiiii...mulalah sayang entah kemana, cinta entah kemana. Masing2 ego, tak nak mengaku salah. Kalau silap haribulan, secebis kesilapan boleh melenyapkan jutaan kenangan yang dicipta.

Percayalah, semua pasangan bercinta takutkan perpisahan tapi sometimes kita lupa tindakan yang kita lakukan boleh membawa kepada perpisahan. Perpisahan yang amat menyakitkan....kita tidak mahukan perpisahan tetapi kita meletakkan suatu situasi keterpaksaan dalam perpisahan kerana menganggap sudah tidak sehaluan lagi.

Dalam perpisahan, kebanyakannya wanita lebih terasa kesannya berbanding lelaki kerana lelaki menganggap mengakhiri sesuatu perhubungan adalah ketentuan...sebaliknya wanita menganggap ia sebagai penamat kehidupan.

Hargailah rasa kasih sayang dan cinta yang wujud dalam hati kerana ia merupakan anugerah Allah yang tiada tolak bandingnya. Jangan sesekali mengecewakan hati pasangan, carilah kebahagiaan dalam bercinta. Jangan pula kita sering terpesona oleh kebahagiaan yang tampak dari jauh, sedangkan apa yang ada di depan mata terlepas pandang.


1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...