Golongan yang mendapat naungan ALLAH

Tujuh golongan Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya.
  • Imam yang adil.
  • Pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah.
  • Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.
  • Insan yang hatinya terpaut dengan masjid.
  • Insan yang digoda oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata 'sesungguhnya aku takutkan Allah.
  • Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinang air matanya.
  • Insan yang bersedekah dengan cara tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kananya.

Jangan sesekali berkata 'kalaulah'

Sekiranya diri ditimpa sesuatu masalah atau musibah....jangan sesekali berkata 'kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begitu dan begitu, akan tetapi berkatalah ianya takdir Allah dan Allah berbuat demikian sekehendak-Nya. Sesungguhnya perkataan 'kalaulah' hanya akan membuka jalan bagi syaitan yang dilaknat Allah untuk berbuat sesuatu.

Apabila si gadis mula berbicara soal hati & perasaan.

Si gadis menjalani kehidupan seharian dengan tenang dan bahagia namun akuilah disebalik keceriaan itu masih banyak perkara yang menggusarkan hatinya. Di awal usia 20-an, setiap titik perjalanan hidup dirasakan indah sambil dikekelingi teman-teman yang amat membahagiakan. Di tika ini apa yang difikirkan hanyalah ilmu,teman dan enjoy!. Namun, apabila usia mulai menjengah usia 24 tahun hati kini berkecamuk dalam mencari identiti diri. Walaupun segulung ijazah telah dimiliki bukti kejayaan diri, jauh disudut hati si gadis merasakan dirinya belum berjaya kerana tiket ijazah bukanlah jaminan untuknya mendapatkan pekerjaan.
          Kadang kala tercalit sedikit perasaan cemburu dihati si gadis apabila melihat rakan seusia telah mendapat pekerjaan tetap dengan berkelulusan SPM. Pernah terlintas difikiran si gadis "Seandainya boleh diputarkan masa, dia tidak akan melanjutkan pelajaran sebaliknya mengikut jejak langkah rakan mencari kerja"...namun mana mungkin ianya boleh terjadi. Si gadis menenangkan hatinya dengan mengatakan "Insyaallah Allah akan memberikan rezeki yang lebih daripada itu, cuma mungkin masanya belum tiba". Berbunga-bungalah hati si gadis dengan penuh pengharapan.
          Walaubagaimanapun, hati si gadis sekali lagi berkecamuk apabila memikirkan perihal jodoh. Sekiranya jodohnya telah sampai apa akan terjadi dengan cita-citanya yang masih tertunggak. Bebanan semakin bertambah sedangkan tanggungjawab kepada kedua ibu bapa belum terlangsai. Di sudut hati si gadis terselit perasaan bersalah kepada ibu bapanya, si gadis kasihan melihat kedua ibu bapanya....namun si gadis redha dengan ketentuan Allah dan mengharap ada keberkatan disebalik ikatan perkahwinan yang bakal ditempuhi agar Allah mengurniakannya rezeki. Si gadis juga berdoa agar Allah memberikannya peluang untuknya membalas jasa ibu bapanya kelak. Itulah janji si gadis pada dirinya sendiri!..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...