Perkahwinan Fedtri Yahya

Akhirnya berkahwinan jugak Ahmad Fedtri Yahya ni. Minat tahap cipan dengan dia ni.....boleh dianggap lelaki melayu terakhir. Al maklumlah kalau dia bercakap....tak pernah puas telinga ni mendengar, penuh berpuitis. 

Perkakwinan pasangan pengantin ini berlangsung pada 28 Mei di Kelantan. Majlis resepsinya pula diadakan keesokan harinya iaitu pada 29 Mei di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan. Kedua-dua mempelai akan diraikan sekali lagi pada 11 Jun depan di Arena Square, Pengkalan Baru, Pantai Remis, Perak iaitu di tempat kelahiran Ahmad Fedtri Yahya.

Jom jenjalan layan gambar kawen diaorang:











Sesungguhnya janji Allah itu pasti.....wanita yang baik, untuk lelaki yang baik. Semoga perkahwinan yang dibina ini kekal hingga ke hujung nyawa. Amin.

Perkahwinan Nurul Shuhada (pengacara Majalah 3)


Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa,29, di Binjai On The Park, KLCC, di sini, malam Sabtu. Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Nurul iaitu Mohd Zin dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC selepas solat Isyak.

Pihak TV3 dalam satu kenyataan ringkasnya yang diedarkan di sini, Ahad memberitahu, pihak perempuan menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777.
“Hanya sekali lafaz, Nurul sah menjadi isteri kepada Raja Amir,” kata kenyataan itu.
Sementara itu majlis yangbertemakan “Moroccan” itu mendapat sentuhan Khalid & Favor By Eddy sebagai perunding perkahwinan manakala pakaian nikah adalah rekaan Datuk Radzuan Radziwill
Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media sebaliknya hanya untuk keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

 
 Cantikkan....sepadan. Semoga perkahwinan mereka kekal sampai ke akhir hayat. Amin.

CARA BERJIMAK MENGIKUT ISLAM

 


Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna

Cara berjimak yang dilarang

Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"


Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. 
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang   bengis. 

Jangan berjimak antara azan dan iqmah. 
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami & isteri berwuduk. 

Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban

Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari)

Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). 

Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. 

Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. 

Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dlm tempoh 3 hari 3 mlm

Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). 

Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat. 

Cara berjimak yang dituntut.

Berjimak pada malam Isnin. 

Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

  Sewaktu matahari di tengah langit. 
Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

Pada malam Jumaat. 
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

Hari Jumaat selepas asar. 
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. 
Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

Bacalah doa berlindung dari syaitan. 
Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...