Amat suka akan kata2 ini !


Arini tetiba terbaca kata-kata ni....rasa macam best.


Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Bila baca serangkap kata-kata ni....terasa kerdil diri ni. Insan Allah yang tidak pernah sempurna...yang tidak pernah terlepas dari dosa...yang sentiasa leka akan kekuasaan Allah tatkala diri merasa bahagia dengan mainan dunia. 

Jangan terlalu mengharapkan yang sempurna, kerna dirimu sendiri penuh dengan kekurangan. Sedarlah wahai insan.

Tika Hati Ingin Mencari Kekasih HATI

Wahai kaum Adam..

Andai mahu mencari Hawa..

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk Hawa pula..

Andai mahu menerima cinta Adam…

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri…

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya..??
Siapa yang tahu…

Wallahualam.

p/s : artikel dari panduan islam untuk tatapan hati.

SamBunGan : LePas KaWen....KiTa eNJoY!

Assalamualaikum....
Hari ni...3.7.2011. Selamat hari ahad semua!

Now, sambung citer pasal 'lepas kawen...kita enjoy'.
Banyak sangat yang nak diciter....sanggup jer aku sambung kat new post.Hakhak, ntah ada ker idok orang baca ni. Perasan lebih jer....Bak kata pepatah yg baru 'ada aku kesah'!

First day dah citer,second day dah citer...now, hari ke3 lah plak kan.

•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•     Ke-3 daY    •*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•

Hari ke-3 ni, hari kitaorg nak balik lah plak.
Dah penat jalan kt cni...urat2 badan pun dah kaku sebab 24jam duduk dalam cuaca yang sejuk. So, kita balik lah kan.. rindu dekat cahaya matahari :-)
Dalam perjalanan balik ni, we all singgah kedai2 vs bazar dekat kaki bukit Genting ni.
Dekat cni macam2 gak ada jual.
Tapi matlamat kitaorg just nak cari starwberry.
Lagipun brsebelahan dengan bazar ni ada kebun strawberry.
mana tau dapat harga lagi murahkan.
Wooooowwwww...terujanya akusssss tgk buah stawberry!

 tgk tu...tgk tu...yummy strawberry

 geramnya nengok salad ni...segar bugar.

 model salad..huahuahua.

cantiknya orkid ni...rasa mcm nak bwk blk umah.

Dah puas jalan2, we all beli lah 7 paket strawberry u bwk blk bg family.
Satu paket Rm10...So, kesemua jadilah Rm70.00.
Oklah tu kan :-)

0_______________________________________0

Ni plak another gambar yang xsempat untuk distory kan.
aku dah penat nak tulis dekat new post.Haha..
Jom ler nengok2...!










Kenangan terindah yg tak kan dlupakan ❤thanks abg!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...