LePas KahWin...kiTa enJoY !

Assalamualaikum!


Hari ni, 1.7.2011...puan hamba (prkataan berlawanan ---->tuan hamba) nak story about 'Lepas kahwin...kita enjoy!'.


Kenapa tetiba nak cakap pasal enjoy ni? ce cite..ce cite..sebab lepas kawen konpem pasangan pengantin akan pergi honey+moon kan. Inilah yang dikatakan dengan enjoy..haha.


Dan puan hamba terasa tersangatlah enjoy pergi honey+moon dekat Genting Highland. Knape enjoy ek?....sebab sebelum kawen mane puan hamba ada peluang nak kuar jalan-jalan macam ni. Kalau nak kluar pom..perlu ada alasan yang amattt kukuh + konkrit. Kena kemukakan usul pada emak puan hamba dalam keadaan yang amat tertib + muka kesian. Barulah usul tu akan diluluskan...tu pun, kadang2 usul tu lulus only 50%...that's means, last minit nak kluor tu....tetiba emak puan hamba bersuara 'Ana, xpayah pergi'....... :-(


Tapi puan hamba tak marahkan mak puan hamba pun.....dia buat pun untuk kebaikan puan hamba, emak tak nak puan hamba terlalu bebas. Haruslah...sebab bukan ada ikatan yang sah pom kan. Hakhak...luv u mom.


Puan hamba bertolak ke Genting 14.6.2011 (selasa)...pukul 12mlm. Sampai di Hentian Temerloh dalam pukul 3 pagi...so, rest dulu kat situ. Selepas solat subuh...barulah teruskan perjalanan ke Genting. Memang best drive awal pagi ni...boleh amik berkat udara pagi. Fresh giler...haha.

Jom jenjalan nengok2 gambor....


•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•     FiRsT daY    •*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•

First day round jalan2 mengenali area genting.haha.....
Sambil2 jalan nak g first world, nampaklh pak cik dekat tepi tu jual aiskelim..apa lagi, 'bang, jom kita beli aiskelim...beli satu dah ler, kita kongsi. Budget romantiklah tu satu aiskelim kongsi dua.Haha!
Best-------->best

Waaaaaa....aiskelim. Sejuk2 pom mkn aiskelim!

Pastu...apa lagi, round2 and amik gambar banyak2.

Happynyer aku...asyik 'PeaCe' jer!

'CuTe' sangat teddy bear kat kedai ni....tp agak mahal, so amik gambar jelah.

Usband cakap...'sayang duk cni,view kat blkg cantik' :-)

Bila malam plak...kluar jalan2 lagi, tapi ni kluar jalan2 cari makan. Perut lapar tahap gaban...tempat tu sejuk, ckit2 lapor...ckit2 lapooorrrrr. Apa lagi...usband pom col lah kwn dia, kwn dia tu keje dekat Genting. So, kalau mkn dekat cafe diorg dapatlah pekerja punya price. Murah! ------> suka-suka.

Perut kenyang, suka hati...lalalalala ♫♫♫
Lepas tu...ada plak another friend dia col cakap nak belanja makan.
kawan dia ni keje dekat restoran...apa lagi, jom2 makan!


 Abang punye ❤

 Sayang punye ❤

 Pencuci Mulut....rasa mcm xcuci sangatlh mulut ni...nak tambah boleh? ❤

 Yummyyyyy.....

Super like bola2 api kat atas tu ❤

Moral of the story....kenyang tahap gaban pd malam ini, sebab makan 2kali. Full tank!

Hari pertama agak memenatkan sebab sampai2 jer terus pergi check in bilik, then jalan2 sampai
petang -----> sampai kaki dah xlarat nak jalan......huahua. Keterujaan yang jelas dan nyata! Tapi BeSt.


•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•     SecOnD daY    •*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•

Second day, plan arini nak naik Cable Car untuk tengok2 view kat Genting Highland ni.
tiket Cable Car ni Seorang RM5...kalau untuk perjalanan pergi balik, that's means RM10 lah kan. Seronok jugaklah naik Cable Car ni...and agak seram jugak, maklumlah tinggi tuuuu. That time, apa yang ada dalam fikiran 'kalau lah aku jatuh ni,mcm mana lah kan'...

Apa yang best second day ni, aku dapat teddy bear besarrrrrrr...like3.


Teddy bear lg besar dari we oulll..

Mcm mana aku bleh dapat teddy bear ni erk?-----------?
Haaaaaa....we all main game yang ada dekat ctu lah. syiiioooookkkk!
Mcm2 game ada...yang penting kna top up dulu dekat kaunter, then baru bleh main semua game yang ada. Excited giler main game cni....mcm2 hadiah ada, tapi lebih kepada teddy bear dari saiz yang paling kecik sampailah pd yang paling besar.
(We all dapat yang paling besar...haha. Dengan bangganya)

Game yang my usband pilih ----> campak ball dalam lubang, dekat ctu ada banyak lubang. Ada 3 saiz: kecik..sederhana..besar.
Sekali my usband campak, dapat yang big.
weiiii...melompat mcm monkey dapat bunga. Suka tahap cipan!
tercapailah hajat aku nak teddy bear tu :-)

Pastu my usband siap cakap dekat girlzzz yang jaga game tu
'ni hadiah untuk isteri sya'......so sweeeeeeet.
Sayang abang lebihhhhh!
Thanks a lot to my usband...dia cuba sedaya upaya untuk mendapatkan teddy bear ni 4 me.

                                          (¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ
                                                             ´*.¸.•´♥`
BerSamBuNg Kat New Entri

DiHaRi PerSanDinGanKu....

Assalamualaikum wahai penghuni alam ciptaan Allah..haha.

Gambar akad nikah dah upload...skang ni terasa nak upload gambar sanding RIEHANA plak. i likeeeee! (versi gedik). Okessssssss....puan hamba (bkn tuan hamba ok!) bersanding pada 10.6.2011, hari jumaat. Try nak amik berkat hari jumaat ler tusssss.

Biasalah....waktu bersanding mestilah lepas jumaatkan, dalam pukul 3.00pm.
Pengalaman bersanding ni memang sweeeeet lah sangat2....rasa mcm hari2 nak sanding.
Colour tema yang aku pilih untuk majlis persandingan aku purple...aku suka sangat2 dengan warna purple ni. Kesampaian gak lah hajat aku nak pakai warna purple time sanding.

Haaaaa.....jom tgk gambar :-)








p/s : gambar ehsan Hidayah Sweetganu

Gambar2 ni bukti cinta dan kasih sayang RIEHANA...dan kasih sayang ini akan kekal sampai bila-bila.Insyaallah..Setelah pelbagai liku dilalui akhirnya hubungan ni berakhir dijinjang pelamin. Betul kata orang...'kalau niat kita nak mendirikan masjid dan menghalalkan hubungan adam dan hawa pasti Allah akan memudahkan segala-galanya bagi pasangan tersebut'. Terima kasih Allah...aku bersyukur akan rahmatMu.

Abang....genggam erat tangan sayang, bimbing sayang ke jalan Allah. Bantulah sayang untuk menjadi isteri yang solehah di dunia dan akhirat. Jadilah imam di dalam solat, juga imam di teratak cinta RIEHANA..sayang abang! 




❤ kU KiNi SaH MenJaDi MiliK mU ❤

Assalamualaikum….
Dah lama rasanya tak menulis dekat blog ni…
Kini aku, Rohana Binti Abdul Ghani…telah bertukar status dari ‘single’ kepada ‘married’.
Woooowwww,hapyyyynyerrrr.hakhak…..excited semacam jer.
Yang penting….syukran2, Allah telah menemukan jodohku dengan Muhammad Amrie Firdaus b. Shaari. Aku berpeluang merasai alam perkahwinan dimana setiap detik yang dilalui telah mendewasakan aku seadanya..
Aku telah diijabkabulkan pada 9.6.2011 (khamis) dan majlis persandingan pulak keesokan harinya, 10.6.2011 (Jumaat).
Aku suka sebut nama usband aku ni penuh (full name)….Muhammad Amrie Firdaus sebab maksud dia ‘Ketua Taman Syurga’.Hakhak….tetiba jer kan. Hahaha, inilah yang dikatakan dengan keterujaan di alam perkahwinan. Nama suami pun boleh jadi pujaan.
…………………………………………………………………………………………………………..
Now, aku nak citer pasal Majlis Perkahwinan R I E H A N A (Amrie & Rohana).
Majlis akad nikah diadakan pada 9.6.2011 di Masjid Kampung Tok Gebok, Ajil tepat jam 9:30pm. Tepatlah sangat, padahal aku sedikit terlewat bersiap malam tu..hahaha.
Husband aku siap hantar mesej lagi tu ‘Tak datang lagi ker, tok imam dah sampai ni’….bila dah tahu tok imam dah sampai kelam kabutlah aku jadinya. Bunga kepala pom tak sempat nak pakai..buat penat jer aku sewa mahal2 kan..
Masa aku sampai masjid, semua orang dah siap sedia, malu giler….muka pom blurrr jer time tu.
Tapi Alhamdulillah sangat2….dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Muhammad Amrie Firdaus.
Ni lah antara gambar-gambar yang sempat diambik masa majlis akad nikah:

syukran....syukran






*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.ℒℴνℯ¨`*•ℒℴνℯ.•¨`**´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.ℒℴνℯ¨`*•ℒℴνℯ.•¨`**´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨*•.ℒℴνℯ¸.•*



✿  Ya Allah Ya Tuhanku,
Bimbinglah aku ke jalan yang diredhaiMu.
Jadikanlah aku seorang isteri yang solehah untuk rahmatMu dunia dan akhirat ✿ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...